Sabtu, 2 Januari 2010

haiyya




after solat jumaat saya keluar rumah pergi KFC. Ada reunion budak-budak sekolah rendah saya dulu. Classmate masa standard 6. Mereka-mereka ajak gather kat KFC lah. Tak kisah la tempat saya apa la sangat. KFC je lah yang ada. haha. I'm the 1st person yang sampai di KFC tu. Tunggu punya tunggu, ada la dua tiga perempuan yang baru sampai. So duduk ah kat meja makan tu then borak-borak. Tapi perempuan-perempuan ni chatting antara mereka sahaja. Saya macam botol sos tomato je kat situ. Tak cakap apa-apa. So, saya lah start bersuara. haha.


harris:"SPM okayy??"(haha.soalan common)
perempuan:"Boleh la.insyaallah boleh"


Itu sahaja. haha. Bosan gilaa. Dahla 5 tahun saya x pernah jumpa perempuan-perempuan ni. Cam pelik je.Then, bla bla bla bla bla bla bla. Bila semua exclassmate saya dah sampai, beli la makanan. Time nak makan pula, makan je lah. Makan makan makan, habes. Then berborak lah saya dengan rakan lelaki. Kawan-kawan lelaki ni selalu jumpa la. Kami-kami gelak-gelak sama-sama. Antara lelaki je la. Perempuan? Apa cerita? mereka-mereka seronok antara mereka-mereka sahaja. Tak nak join antara lelaki-lelaki ni. Apa function reunion ni weyy?? Haiyyo. So saya pon dengan bersendiri tegur perempuan-perempuan tersebut.

harris: " hi! "(tersengih-sengih macam bodoh)
perempuan: "hi~"(macam tak breakfast)

Laa..entahlah. Bila semua perut dah kenyang, semua nak blah. Okayy,jom la balik. Bila dah keluar dari restoran KFC tersebut, barulah nak bertanya khabar. Kaum lelaki okayy je. Kaum perempuan la. Baru nak bertegur. Minta number phone la. Apa-apa la. Pastu blah.

lelaki-lelaki: "Siodd, baik aku lepak mamak je. Bazir masa je doe. Reunion apa macam ni?"(nada terkilan)


Then, semua nak balik.
Okayy~


bila saya dah sampai ke rumah, dapat message. Sent by perempuan.


'thank you for coming!!reunion tadi best sangat!!hopefully kita dapat jumpa lagi okayy.happy new year!!bye!!'


Apa kejadah yang bestnya??


Haha. Tak kisah lah.

HAIYYA~


 




Tiada ulasan: